Anugerah Khas Pelajar Cemerlang SMAM 2017

     Selesai perhimpunan pagi pada pukul 7.40 Khamis 1 Mac 2018, satu majlis ringkas anugerah Khas Pelajar Cemerlang SMAM 2017 telah diadakan. GPK pentadbiran SMAM, Ustaz Shamsuddin Bin Ali telah mengumumkan nama-nama pelajar yang berjaya mencapai target cabaran sekolah untuk peperiksaan PT3 dan SMA.  Seramai dua belas orang pelajar telah layak menerima anugerah ini iaitu 4 orang pelajar PT3 dan 8 orang pelajar SMA. Pelajar-pelajar ini menerima hadiah berupa wang, bayaran asrama, lawatan ke UMP dan KUIPSAS, serta makan tengahari di Hotel Seri Malaysia Kuantan. Hadiah wang telah disampaikan oleh Tuan Pengetua SMAM, Ustaz Shamsuri Bin Shamsuddin. Selepas menerima hadiah dari tuan pengetua, semua pelajar telah menaiki van PAID Maran untuk dibawa ke Kuantan melawat UMP dan KUIPSAS dan seterusnya makan bersama keluarga masing-masing di Hotel Seri Malaysia. Rombongan pelajar ini turut sama diiringi oleh Tuan Pengetua, GPK 1, Cikgu Nurul Izzah dan Cikgu Abdullah. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar cemerlang ini dan semoga program ini akan meningkatkan motivasi semua pelajar untuk berjaya dalam peperiksaan awam dan akhir tahun lantas menggondol anugerah khas ini yang disediakan sebagai insentif kejayaan kepada semua pelajar SMAM. Tahniah dan selamat maju jaya.
                                               Pelajar Cemerlang 2017
                             (Dari sudut kiri atas ke arah kanan arah jam)
1. Wan Syaza
2.Azma Wahida
3. Faizatul Adilah
4. Zulaikha
5. Siti Khadijah
6. Nur Imani
7. Muzammil
8. Hafizzuddin
9. Dinie
10. Mohd Arief
11. Afiq Fahmi
12. Balqis

Tag: anugerah khas kecemerlangan smam 2018