Keputusan SPM 2017 - Semakan Secara Online dan SMS

       Sukacita dimaklumkan keputusan SPM bagi ambilan tahun 2017 akan diumum tidak lama lagi iaitu dijangka pada bulan Mac 2017. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, keputusan SPM bagi calon 2017 akan keluar pada cuti semester bulan Mac 2018. Semakan keputusan SPM ambilan 2017 akan dikemaskini secara terperinci dari masa ke semasa.


Pasti ramai pelajar yang ternanti-nanti keputusan mereka itu nanti. Sebagai makluman, kini pelajar boleh membuat semakan keputusan SPM secara online. Pelajar tidak perlu lagi berbaris di kaunter sekolah seperti dulu. Walau bagaimana pun, slip keputusan wajib dituntut di kaunter Pejabat AM sekolah masing-masing dengan pakaian yang sesuai.

Tarikh Semakan Keputusan SPM 2018


Tarikh Semakan Dibuka
_ Mac 2018 (Jam 10:00 AM)
Klik Semakan: Aplikasi Semakan Online SPM
Semakan keputusan SPM secara online ini bukan sahaja memudahkan pihak sekolah malah memudahkan pihak pelajar itu sendiri. Oleh itu, calon SPM yang telah menduduki peperiksaan pada 2016 boleh menyemak keputusan mereka dalam talian online dengan cara ini:


Kemudian masukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran anda. Pastikan angka giliran anda diisi dengan tepat. Angka giliran boleh dirujuk di slip peperiksaan semasa SPM. Sekiranya slip tersebut hilang, anda boleh dapatkan semula di pejabat AM sekolah masing-masing.

Cara Membuat Semakan Keputusan SPM Selain Online

Selain semakan keputusan SPM secara online, terdapat dua lagi cara yang pelajar boleh gunakan untuk membuat semakan keputusan SPM iaitu melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan melalui kaunter di sekolah masing-masing.


  • Taip SPM>jarak<nombor kad pengenalan>jarak<angka giliran kemudian hantar ke 15888. Setiap SMS akan di caj sebanyak 20 sen sahaja.
  • Sekiranya ingin lebih selamat dan kepastian, pelajar boleh hadir sahaja ke kaunter pejabat am di sekolah masing-masing untuk mendapatkan slip keputusan SPM. Pelajar hanya perlu berikan nama, nombor kad pengenalan dan angka giliran, kemudian tanda tangan ke senarai penerimaan slip.
Pelajar yang hadir ke sekolah dikehendaki memakai seragam sekolah atau pakai yang bersesuaian.

Bagi para pelajar yang ingin membuat permohonan ke peringkat pendidikan seterusnya, pelajar boleh membuat permohonan-permohonan kemasukan yang telah dibuka sejurus keputusan SPM keluar.

Dipetik dari laman web: https://myeidos.com/semakan-keputusan-spm/

Tag: SPM 2017