Latihan Intensif untuk MASISUPA 2018

    Sesi latihan intensif sebagai persediaan menghadapi MASISUPA Zon 2 telah diadakan bermula dari hari Selasa 20 Februari - Rabu 21 Februari 2018. Latihan sukan telah diadakan di tempat latihan masing-masing manakala latihan ilmiah telah diadakan di Dewan Tun Abd Razak SMAM. Latihan bermula selepas perhimpunan pagi sehinggalah jam 2.30 petang. Diharapkan ini akan menyediakan fizikal dan mental pelajar untuk menghadapi MASISUPA Zon 2 yang akan bermula pada 22 Februari 2018 ini. InsyaALLAH.

Tag: latihan intensif 2018