Selamat Kembali Ke SMAM

      Pihak Admin Web SMAM mengucapkan selamat kembali kepada semua warga SMAM yang akan menyambung sesi persekolahan pada Selasa 20 Februari 2018. Sekembalinya dari cuti sempena Tahun Baru Cina ini, SMAM akan membuat persediaan terakhir untuk menghadapi temasya MASISUPA Zon 2 yang akan berlangsung di SMA Pulau Tawar bermula dari petang Khamis 22 Februari dan akan berakhir pada hari Ahad 25 Februari 2018. Diharapkan semua pelajar akan bersedia dari segi mental dan fizikal bukan sahaja untuk MASISUPA Zon 2 tetapi yang lebih penting lagi untuk meneruskan sesi Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) di kelas. Sesi persekolahan ini juga akan menyaksikan kelas 4A dan 4M akan digabungkan menjadi satu kelas sahaja iaitu 4A, manakala akan berlaku pergerakan kelas iaitu kelas 5A yang berada pada tingkat 2 blok B akan turun ke kelas 4A sekarang yang berada pada paras bawah blok B, kelas 1M akan berpindah dari blok kayu ke kelas 5A di blok A dan kelas 1S akan berpindah ke kelas bawah blok kayu. Semoga perubahan ini akan menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif. Insya ALLAH.

Tag: 2018