Perlawanan Persahabatan Bola Sepak A

       Pada petang hari Selasa 13 Februari satu perlawanan persahabatan bola sepak bawah 18 tahun antara SMAM dan SMK Maran telah dijalankan di padang Majlis Daerah Maran. Perlawanan ini berkesudahan dengan keputusan seri 1 berbalas 1. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan yang bermain bersungguh-sungguh. Diharapkan perlawanan ini boleh menjadi satu medan untuk kedua-dua pasukan bersedia untuk kejohanan sebenar nanti. Terimakasih juga diucapkan kepada Cikgu Suhimi dan Cikgu Izham dari SMK Maran yang menyelaraskan perlawanan ini.

Tag: persahabatan 2018