Program Suntikan Imunisasi HPV pelajar perempuan Tg 1 SMAM

  Satu program suntikan imunisasi HPV telah diadakan di Dewan Tun Abd Razak SMAM pada hari Selasa 13 Februari 2018 bermula dari pukul 8.30 pagi hingga jam 11.00 pagi. Pelajar-pelajar tingkatan 1 perempuan ini menerima suntikan dari pasukan kesihatan Maran yang diketuai oleh Doktor Khairul. Sebelum diberikan suntikan, Doktor Khairul telah memberikan sedikit taklimat berkenaan suntikan dan kaitan dengan penyakit yang cuba dicegah iaitu kanser pangkal rahim. Terimakasih kepada pihak kesihatan Maran yang tidak jemu untuk memberi rawatan yang terbaik kepada warga SMAM. Terimakasih.

Tag: hpv 2018