Perlawanan Persahabatan Bola Sepak A antara SMAM dan SMK Maran 2

     Pada hari Isnin bersamaan 12 Januari 2018, telah diadakan satu perlawanan persahabatan Bola Sepak A diantara pasukan SMAM dan Pasukan SMK Maran 2 yang berlangsung di padang bola SMK Maran 2. Perlawanan bermula pada jam 5.30 petang dan berakhir pada pukul 6.30 petang. Perlawanan ini diadili oleh pengadil yang dijemput khas dari SMK Maran iaitu Cikgu Suhimi. Perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak pada SMA Maran iaitu dengan jaringan 3 berbalas 1. Tahniah kepada kedua-dua belah pihak yang menunjukkan kesungguhan yang tinggi dalam menjayakan perlawanan ini. Terimakasih yang tak terhingga diucapkan kepada guru-guru yang terlibat dalam menjayakan persahabatan ini iaitu Cikgu Azri, Cikgu Fizan, Cikgu Azhar, Cikgu Tajuddin (TJ), Cikgu Suhimi dan Ustaz Azrul yang juga sudi menghantar pelajar SMAM ke SMK Maran 2. Terimakasih semua.

Tag: persahabatan 2018