Ucapan Pertama Guru Baru SMAM

   Alhamdulillah, SMAM telah menerima seorang guru Bahasa Inggeris yang baru yang bertukar dari Kuliyyah Pekan iaitu Cikgu Nur Fadhilah Binti Ahmad Hazamy. Beliau telah melaporkan diri di SMAM pada hari Rabu minggu lepas iaitu pada 7 Februari 2018. Dan pada perhimpunan Isnin 12 Februari 2018, usai ucapan dari guru bertugas minggu lepas dan guru bertugas minggu ini, beliau telah diberi peluang untuk memberi ucapan di hadapan warga SMAM. Warga SMAM ingin mengucapkan selamat datang kepada beliau. Semoga pengalaman beliau di sini akan menjadi pengalaman yang indah dan berguna. InsyaALLAH>

Tag: ucapan 2018