Kejohanan Merentas Desa 2018

    Alhamdulillah, kejohanan merentas desa SMAM telah berjaya dijalankan pada hari Jumaat bersamaan 9 Februari 2018 bermula dari pukul 8.30 pagi hingga jam 10.30 pagi. Sebelum kejohanan bermula, Ustaz Zakwan selaku SU Sukan SMAM telah membuat taklimat tentang perjalanan kejohanan dan juga taklimat keselamatan kepada semua pelajar. Larian telah dilepaskan pada pukul 8.30 pagi di padang SMAM oleh Tuan Pengetua, Ustaz Shamsuri Bin Shamsuddin. Seramai 5 orang anggota polis telah terlibat dalam acara ini di mana mereka telah menjaga keselamatan pelajar-pelajar yang menggunakan jalan larian dari SMAM menuju ke Batu 55 dan berpatah balik kemudiannya. Jarak larian untuk lelaki ialah 10 Kilometer manakala untuk perempuan pula jaraknya 8 Kilometer. Setiap pelajar telah dibekalkan dengan 2 botol air mineral setiap seorang untuk menghilangkan haus semasa berlari. Alhamdulillah, tiada kecederaan telah dilaporkan di sepanjang tempoh kejohanan. Terimakasih kami ucapkan kepada pihak polis dari cawangan Bandar Maran yang sudi membantu kami dalam melaksanakan program ini. Tahniah kepada semua warga SMAM yang telah berjaya melaksankan kejohanan ini. Tahniah.

Tag: merentas desa 2018