Latihan Dan Mesyuarat PIC SMAN

      Alhamdulillah satu latihan dan satu mesyuarat yang membabitkan PIC (person in charge) SMAM iaitu Ustaz Khairun Nas telah dilaksanakan pada 6 Februari 2018 dan 7 Februari 2018. Latihan Permohonan Peralatan ICT secara atas talian telah diadakan di Blok B Wisma Sri Pahang bermula dari pukul 8.00 pagi - 5.00 petang pada hari Selasa 6 Februari 2018, manakala pada Rabu 7 Februari 2018 pula, Mesyuarat Jawatankuasa Pengguna 1PahangNet dan Webmel 2018 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama BTM, Blok C. Wisma Sri Pahang yang dipengerusikan oleh Encik Shuhairi Bin Abd Ghani yang merupakan Setiausaha Bahagian, Bahagian Teknologi Maklumat. Mesyuarat bermula dari pukul 9.30 pagi dan berakhir pada 1.00 tengahari. Adalah diharapkan latihan dan mesyuarat ini akan merancakkan lagi penggunaan ICT di SMA Maran. InsyaALLLAH>

Tag: PIC 2018