Hari Bahasa Inggeris 6 Februari 2018

   Sebagaimana biasa, perhimpunan hari Rabu yang dikhaskan untuk pengayaan Bahasa Inggeris di SMAM telah menyaksikan pelajar terpilih kali iaitu saudari FAIZATUL 'ADILAH BINTI NOR HAMIDUN menyampaikan syarahan bertajuk the needs to recite and understand Al-Quran. Syarahan ini dilakukan selepas selesai bacaan asma ul husna dan bacaan Al-Quran secara berjemaah di tapak perhimpunan SMAM. Syarahan yang penuh semangat dan merangsang minda ini diharapkan akan menggalakkan pelajar-pelajar SMAM untuk membiasakan diri dalam membaca Al-Quran dan pada masa yang sama memahami isi kandungannya. Tahniah diucapkan kepada saudari Faizatul 'Adilah yang berani dalam pengucapan awam.

Tag: english 2018