Gotong-royong Aspura

        Gotong-royong aspura telah diadakan pada 04 Februari 2018 bermula jam 8.30 pagi dan berakhir lebih kurang jam 10.30 pagi. Gotong-royong ini adalah salah satu aktiviti yang akan dilaksanakan oleh pelajar-pelajar setiap hari ahad dan mereka akan membersihkan surau, bilik study, tandas, belakang asrama dan juga dorm masing-masing. Diharapkan usaha murni ini akan menjadikan asrama dan kawasan sekitarnya sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan selesa.

Tag: aspura