Lawatan Ke rumah Izzi Bin Halusi Mangsa Van Terbalik

 Alhamdulillah, 2 lawatan telah dibuat oleh pihak sekolah ke rumah salah seorang mangsa van SMAM yang terbalik pada hari Khamis 1 Februari dan sekali lagi pada Jumaat 2 Februari 2018. Lawatan pertama telah dilakukan oleh Cikgu Abdullah Bin Ismail pada hari Khamis dan lawatan kedua dilakukan oleh Ustaz Redho bersama Cikgu Abdullah. Lawatan adalah bertujuan untuk melihat dan mendengar keadaan sebenar kecederaan yang dialami oleh pelajar ini. Semoga Adik Izzi akan segera sembuh dan dapat kembali semula ke sekolah untuk meneruskan pembelajaran dengan segera. InsyaALLAH.

Tag: lawatan izzi 2018