Pertandingan Rumah Berhias SMAM 2018

    Untuk memeriahkan lagi karnival 3 hari MASISUPA SMAM, satu pertandingan rumah berhias telah dilakukan untuk memberi peluang kepada rumah-rumah sukan menunjukkan daya kreativiti masing-masing. Pertandingan adalah sangat meriah dan ceria. Proses menghias rumah telah bermula dari hari Khamis 1 Februari hingga pukul 11.00 pagi hari Jumaat 2 Februari. Pertandingan ini dihakimi oleh staff-staff sekolah iaitu Encik Shamsul, Encik Mohd Noh, Puan Salina dan Puan Halimaton. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

Tag: rumah berhias