Tragedi Van SMAM terbabas

    Malang tidak berbau, itulah yang dapat diungkapkan mengenai tragedi van SMAM terbabas dan terbalik semasa dalam perjalanan menghantar pelajar ke Majlis Memperingati Tokoh Ulama (HAUL) Kampung Kuala Tekal, Kuala Krau, Temerloh pada hari Ahad 28 Januari 2018. Van yang dipandu oleh pemandu SMAM Encik Mohd Noh yang membawa 12 orang pelajar telah terbabas dan terbalik di kawasan berdekatan dengan simpang masuk ke Lubuk Paku, Maran, tidak berapa jauh dari SMAM. Kejadian ini yang berlaku lebih kurang pada pukul 4 menyaksikan 3 orang pelajar cedera ringan manakala yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan. Kesemua pelajar yang cedera telah menerima rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Maran. Daripada 3 orang pelajar yang cedera, 1 orang pelajar masih mendapat cuti sakit dan sekarang berada di rumah. Diharapkan semua yang cedera akan segera sembuh dengan rahmat dan kasih sayang Allah. InsyaALLAH.

Tag: van terbabas