Lawatan Pegawai Kesihatan Maran ke SMAM Kali Kedua

    Pada hari Jumaat 26 Januari 2018, lawatan kedua oleh pihak Kesihatan Maran telah dilakukan ke SMAM. Semua pelajar-pelajar ASPURA dan ASPURI SMAM telah dikumpulkan di Dewan Tun Abd Razak pada pukul 10.45 pagi. Team Kesihatan yang diketuai oleh Encik Azhar telah menyampaikan taklimat dan kemuadiannya mengedarkan borang kajiselidik untuk diisi oleh semua pelajar asrama. Menurut maklumat yang disampaikan, pihak kesihatan tidak dapat membuat kesimpulan mengenai kejadian sakit perut yang melanda SMAM pada minggu ini berdasarkan kepada temuramah dengan 60 orang pelajar yang dibuat pada hari Selasa 23 Januari 2018. Jadi pada hari Jumaat, soal selidik telah dilakukan kepada semua pelajar asrama untuk menghasilkan sampel yang lebih besar yang insyaALLAH akan memberikan keputusan yang lebih konklusif. Terimakasih kami ucapkan kepada pihak Kesihatan Maran yang amat prihatin kepada masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar SMAM. 

Tag: lawatan kesihatan