Jamuan Khas Kepada Pelajar A Bahasa Melayu PT3 2017

     Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar PT3 2017 yang telah mendapat A dalam Bahasa Melayu. Pada hari Jumaat 26 Januari 2018, Cikgu Abdullah selaku guru Bahasa Melayu PT3 2017 telah mengadakan satu jamuan ringkas di Dewan Tun Abd Razak SMAM pada waktu rehat untuk meraikan dan menghargai 14 orang pelajar-pelajar PT3 yang telah mendapat gred A dalam peperiksaan tersebut. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Abdullah dan semua pelajar yang diraikan itu. Semoga kejayaan akan terus dilakarkan. Tahniah.

Tag: jamuan PT3 2017