Ucapan Perpisahan Oleh Cikgu Nurul Aini Binti Sulaiman

        Seusai Majlis Kerohanian Jumaat 26 Januari 2018, Cikgu Nurul Aini Binti Sulaiman mengambil peluang untuk membuat ucapan perpisahan kepada semua warga SMAM terutamanya kepada pelajar-pelajar. Dalam ucapan tersebut, Cikgu Nurul Aini telah menyatakan bahawa beliau akan mengakhiri khidmat beliau di SMAM sebagai guru ASPA pada hari tersebut dan akan memulakan tugas baru beliau sebagai guru di SMKA Kuala Lipis pada 5 Februari 2018. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Nurul Aini yang telah diterima sebagai guru tetap dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Warga SMAM mengucapkan terimakasih yang tidak terhingga atas jasa dan budi yang ditaburkan di bumi SMAM ini dan warga SMAM juga mengucapkan selamat berjaya dan semoga dirahmati ALLAH di tempat baru nanti InsyaALLAH.


Tag: ucapan perpisahan