Sultan Muhammad Al-Fatih

   Pada malam Sabtu bersamaan 19 Januari 2018, SMAM amat bertuah kerana mendapat peluang mendengar tazkirah yang diberikan oleh Imam Besar Masjid As-Syakirin Maran iaitu Ustaz Wan Husaimi Bin Wan Amran. Dalam Tazkirah yang bermula pada pukul 7.45 malam hingga 9.30 malam ini, Tuan Imam telah menyampaikan kisah tokoh hebat Islam iaitu Sultan Muhammad Al-Fatih untuk renungan,pengajaran dan tauladan kepada pelajar-pelajar SMAM. Beliau turut menceritakan kisah perjalanan hidup beliau untuk menjadi motivasi kepada pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh di SMAM untuk menjadi muslim yang sejati dan berjaya di dunia dan akhirat. Warga SMAM mengucapkan terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan Imam atas kesudian beliau berkunjung ke SMAM. Semoga tazkirah ini menjadi satu majlis ilmu yang mengubah paradigme pelajar. InsyaALLAH.

Tag: Imam Besar As-Syakirin 2018