Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas PSS 2018 SMAM

     Satu majlis penyampaian watikah perlantikan untuk pengawas-pengawas PSS telah diadakan di Dewan Tun Abd Razak SMAM pada hari Isnin 15 Januari 2018. Majlis ini adalah untuk melantik secara rasmi pengawas-pengawas PSS dan disempuirnakan oleh GPK Pentadbiran Ustaz Shamsuddin Bin Ali yang mewakili Tuan Pengetua yang terlibat dalam Program Amanat Pengarah JAIP di Temerloh. Dalam majlis ini telah diumumkan Mohd Arief Bin Mohd Azri sebagai Ketua Pengawas PSS dan Farah Balqis Binti Halimi sebagai penolong Ketua Pengawas PSS. Tahniah diucapkan kepada semua pengawas PSS yang dilantik. Semoga anda akan berkhidmat dengan penuh dedikasi dan cemerlang. Tahniah

Tag: PSS 2018