Majlis Perpisahan Cik Marlinda Binti Mohammad Amin

     Pada hari Jumaat 12 Januari 2018, satu majlis perpisahan telah diadakan di Dewan Tun Abd Razak SMAM untuk meraikan pertukaran Pegawai Tadbir Kewangan SMAM, Cik Marlinda Binti Mohammad Amin yang akan bertukar naik pangkat ke Mahkamah Syariah Maran. bermula 15 Januari 2018 ini. Beliau telah bertugas di SMAM selama 3 tahun 6 bulan bermula pada 16 Julai 2014. Majlis dimulakan selepas selesai sesi solat sunat di dewan. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan oleh pengerusi majlis Ustaz Farek dan seterusnya diikuti oleh ucapan Cik Marlinda dan Tuan Pengetua SMAM Ustaz Shamsuri Bin Shamsuddin. Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan berakhir dengan jamuan makan pada pukul 11.45 pagi. Warga SMAM merakamkan setinggi-tinggi terimakasih kepada Cik Marlinda yang telah banyak menabur jasa dan bakti di SMAM sepanjang perkhidmatan beliau di sini. Kami mengucapkan selamat bertugas di tempat baru dan semoga suksess selalu dalam kareer dan kehidupan beliau. Terimakasih kami ucapkan. 

Tag: Majlis Perpisahan