Kerohanian Di Hari Jumaat

     Aktiviti kerohanian merupakan salah satu agenda penting dalam perlaksanaan perhimpunan pagi Jumaat di SMAM. Pada setiap hari Jumaat pelajar-pelajar diwajibkan hadir untuk bersama-sama membaca Al-Quran samada surah Yaasin, Al-Mulk atau surah-surah lain yang telah ditetapkan. Pada hari-hari lain, pelajar akan membaca surah-surah hafalan SMA di tapak perhimpunan. Setiap sebulan sekali pelajar-pelajar akan melaksanakan solat Dhuha dan Solat Hajat secara berjemaah di Dewan Tun Abd Razak SMAM. Program ini bertujuan untuk meningkatkan nilai kerohanian semua warga SMAM.

Tag: Jumaat 2018