MESYUARAT AGUNG KOKURIKULUM 2018 SMAM

     Mesyuarat agung bidang kokurikulum SMAM telah diadakan pada hari Rabu 10 Januari 2018. Mesyuarat ini bertujuan untuk melantik jawatankuasa untuk setiap rumah sukan, persatuan sukan, persatuan kokuria, unit beruniform dan kelab. Mesyuarat bermula dari pukul 11.00 pagi sehingga 2.30 petang. Mesyuarat unit beruniform bermula dari 11.00 pagi hingga 11.45 pagi, mesyuarat kelab dan persatuan dari 11.45 hingga 12.30 tengahari, mesyuarat sukan dan permainan dari pukul 12.30 hingga 1.20 petang dan diakhiri dengan mesyuarat rumah sukan dari pukul 1.20 hingga 2.30 petang. Diucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat menjayakan mesyuarat ini.

Tag: Kokurikulum 2018