Program Pengayaan Bahasa

  Program pengayaan bahasa telah dimulakan seawal minggu pertama persekolahan sesi 2018. Program ini merupakan kesinambungan dari tahun-tahun sebelumnya di mana aktiviti pengayaan bahasa diadakan semasa perhimpunan pagi hari Selasa, Rabu dan Khamis. Pada hari Selasa, sesi perhimpunan dikhaskan untuk Bahasa Melayu, hari Rabu untuk Bahasa Inggeris dan hari Khamis untuk Bahasa Arab. Program ringkas ini dilaksanakan oleh guru-guru bahasa tersebut dengan dibantu oleh persatuan-persatuan Bahasa yang telah dilantik. Program ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa dikalangan pelajar-pelajar dan menggalakkan mereka untuk bercakap dihadapan majlis yang akan meningkatkan keyakinan diri pelajar-pelajar. Tahniah kepada semua yang terlibat.

Tag: SMA 2018 bahasa