PENGUMUMAN RASMI KEPUTUSAN SMA 2017 DI SMA MARAN

  Alhamdulillah, keputusan rasmi PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) 2017 telah selamat diumumkan pada hari Jumaat 29 Disember 2017. Alhamdulillah juga kerana tuan Pengarah JAIP telah sudi memilih SMA Maran sebagai tempat untuk membuat pengumuman. warga SMA Maran amat berbesar hati penerima kunjungan YH Dato' Haji Mohamad Noor Bin Abdul Rani yang diiringi oleh pegawai-pegawai JAIP termasuk KPP Pendidikan Ustaz Abu Bakar Bin Mat Saad dan juga semua pengetua-pengetua SMAN.
   Dalam ucapannya, Dato' Pengarah telah menyatakan bahawa beliau memilih SMA Maran sebagai tempat pengumuman tersebut kerana SMAM telah berjaya menunjukkan peningkatan tertinggi dari segi perubahan GPS dari tahun 2016 ke 2017 iaitu 1.41. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar SMAM 2017 yang mengambil peperiksaan SMA terutamanya 14 orang pelajar yang mendapat pangkat Mumtaz dan seorang darinya telah mendapat Mumtaz Sufi.Berikut merupakan pelajar-pelajar SMAM yang berjaya mendapat Mumtaz

Mumtaz Sufi

Zulaikha Binti Shahrum

Mumtaz

1. Dinie Zuldadzlie Bin Norazman
2. Muhammad Arief Bin Mohd Azri
3. Muhammad Hafizuddin Bin Mohd Nazam
4. Muhammad Muzammil Al-Hanani Bin Abdul Sani
5. Farah Balqis Binti Halimi
6. Fatin Nabila Binti Shahriman
7. Nadia Wahidah Binti Shaharul Azmi
8. Nur Imani Natasha Binti Mohamed Ghazali
9. Nur Shafiqah Binti Muhamad Amir Hamzah
10. Nurazma Wahida Binti Mohd Khairul Azhar
11. Nurul Aina Najla Binti Badaruddin
12. Nurul Nabihah Binti Mokhtar
13. Wan Nurul Asyikin Binti Wan Daud

Pecahan mengikut gred untuk pelajar SMAM ialah seperti berikut:

1. Mumtaz          - 14 orang
2. Jayyid Jiddan - 16 orang
3. Jayyid             - 5 orang
4. Maqbul           - 2 orang
5. Rasib              - 1 orang

    Untuk melihat gambar yang lebih banyak sila lawati laman blog : sma-maran.blogspot.com

Tag: rasmi SMA SMAM 2017