PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SMA 2017

      Keputusan Rasmi Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) tahun 2017 akan diumumkan oleh YH Dato' Haji Mohamad Noor bin Abdul Rani, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang pada 29 Disember 2017 (Jumaat).

    Calon-calon SMA Sekolah Menengah Agama Maran boleh mendapatkan slip keputusan masing-masing mulai jam 10.00 pagi di SMA Maran. Warga SMA Maran mengucapkan tahniah kepada semua calon SMA 2017. Semoga diberikan kejayaan gilang gemilang oleh ALLAH s.w.t. InsyaALLAH.

Tag: SMA SMAM 2017