Hari Terakhir Persekolahan 2017

   Pada hari terakhir persekolahan untuk sesi 2017 menyaksikan kesibukkan di SMAM. Pada pukul 7.20 pagi perhimpunan sekolah bermula dan selepas itu sesi membaca Al-Quran, Tahlil, Solat Hajat dan Solat Dhuha diadakan si Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Selesai majlis di dewan, sesi bergambar akhir tahun telah diadakan dan selepas itu bermula dari pukul 10.30 pagi, majlis pelaporan keputusan peperiksaan akhir tahun tingkatan 1 hingga 3 telah diadakan. Majlis berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Pihak admin web SMAM ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga SMAM di mana cuti akhir tahun bermula pada 25 November 2017 dan akan berakhir pada 1 Januari 2018. Selamat bercuti dan jaga keselamatan diri dalam musim cuti ini. Semoga berjumpa semula di tahun hadapan. Assalamualaikum.

NOTA: UNTUK MENDAPATKAN GAMBAR-GAMBAR AKHIR TAHUN YANG LEBIH BESAR,LENGKAP DAN JELAS, SILA LAWATI LAMAN BLOG SMAM DI :

http://sma-maran.blogspot.my

Selamat bercuti semua.

Tag: hari akhir sekolah SMAM hari pelaporan bergambar 2017