Lawatan PSS ke Shah Alam

   Satu sesi lawatan sambil belajar telah berjaya dilaksanakan yang melibatkan pengawas-pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) pada hari Sabtu 11 November 2017. Pelajar berangkat ke Shah Alam dengan van seawal jam 7.00 pagi dengan diiringi oleh tiga orang guru iaitu Ustaz Azrul, Cikgu Aesah dan Teacher Nor Adillah. Warga SMAM mengucapkan selamat perjalanan pergi dan balik dan semoga lawatan ini akan meningkatkan motivasi pelajar sebagai  pusat sumber khususnya dan sebagai pelajar SMAM amnya. Semoga perjalanan anda dirahmati dan dilindungi ALLAH hendaknya. aamiiiiiin.

Tag: lawatan PSS 2017 SMAM pengawas pusat sumber