Majlis Restu Ilmu SPM 2017

    Alhamdulillah, majlis restu ilmu untuk calon-calon SPM telah berjaya dilaksanakan pada hari Jumaat 3 November 2017 di Makmal Komputer SMAM. Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 10.00 pagi. Diharapkan dan didoakan kejayaan kepada semua calon-calon SPM yang akan menghadapi peperiksaan bermula dari Isnin ini (6 November 2017) dan akan berakhir pada 28 November 2017. Semoga cemerlang SPM 2017.

Tag: spm SMAM 2017