Solat Hajat Perdana dan Motivasi Diri

   Satu majlis Solat Hajat Perdana SMAM telah diadakan di dewan Tun Abd Razak yang menggabungkan semua warga SMAM dan ibubapa pelajar tingkatan 3,4 dan 5. Program ini adalah bertujuan untuk memohon kehadrat ALLAH agar semua pelajar-pelajar SMAM 2017 cemerlang dalam peperiksaan PT3, SMA dan SPM. Majlis bermula seawal 7.00 petang dan berakhir pada pukul 8.40 Malam. Seterusnya pelajar-pelajar telah mengikuti sesi motivasi dengan motivator jemputan dari SMK Kerdau. Majlis berakhir pada pukul 11.10 malam. Alhamdulillah, ramai ibubapa telah turut sama bersolat hajat. Solat hajat akan diteruskan pada waktu pagi selepas perhimpunan di dewan sehinggalah bermulanya PT3.

Tag: Solat hajat perdana motivasi pt3 SMA spm