PROGRAM PELANCARAN 4K PERINGKAT SEKOLAH

Jumaat, 31 Mac 2023 – Sekolah telah mengadakan Majlis Pelancaran Program 4K Peringkat Sekolah sempena keinginan Jabatan Agama Islam Negeri Pahang untuk menekankan 4K di setiap Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang. Program 4K iaitu Kebersihan, Kerohanian, Keceriaan dan Keselamatan adalah inisiatif JAIP untuk menjadikan sekolah SMAN sebagai sekolah yang selamat untuk para pelajar di samping suasana yang selesan dan bersih serta penuh dengan program kerohanian yang dapat membentuk sahsiah dan akhlak pelajar.

Majlis pelancaran telah dipengurusikan oleh Ustazah Nur Afiqah binti Mohtar dan dimulakan dengan ucapan daripada Setiausaha Program 4K iaitu Puan Nor Azimah binti Abdul Manan. Program tersebut secara rasminya telah dilancarkan oleh Tuan Pengetua sendiri, Encik Mohd Mahtar bin Ahmad Wahid diikuti oleh gimik pelancaran Program 4K yang dipersembahkan oleh wakil pelajar yang telah dipilih.

Tag: Program 4K