MAJLIS PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN SIJIL MENENGAH AGAMA 2022

20 Mac 2023, Isnin – Sekolah Menengah Agama Al-Ittifaqiyyah Guai telah mengadakan majlis penyerahan slip keputusan Sijil Menengah Agama (SMA) 2022 kepada calon SMA 2022. Slip keputusan telah disampaikan oleh Tuan Pengetua, Ustaz Mohd Mahtar bin Ahmad Wahid di dataran sekolah pada perhimpunan pagi. Calon yang berjaya mencapai keputusan Mumtaz Sufi dan Mumtaz turut diberikan cenderahati daripada pihak sekolah sebagai penghargaan di atas kejayaan mereka memperoleh keputusan cemerlang dalam SMA 2022. Tuan Pengetua turut menyampaikan keputusan keseluruhan dan pencapaian calon SMAIG bagi SMA 2022 kepada pelajar dan guru. Calon SMAIG yang berjaya memperoleh mumtaz sufi adalah seramai 6 orang dan seramai 3 orang calon berjaya memperoleh mumtaz. Jayyid jiddan pula adalah seramai 8 orang calon.

Tag: Sijil Menengah Agama 2022