PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL MENENGAH AGAMA 2022

17 Mac 2023, Jumaat – Sekolah Menengah Agama Al-Ittifaqiyyah Guai (SMAIG) telah mengadakan Majlis Pengumuman Keputusan Sijil Menengah Agama (SMA) 2022 bersama para guru, ibu bapa dan pelajar. Majlis dipengurusikan oleh Setiausaha (SU) SMA, Ustaz Shukor bin Sahi dibantu oleh SU 2, Ustaz Wan Hasan bin Wan Ishak. Keputusan SMA 2022 bagi SMAIG telah diumumkan oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum dan Pentadbiran, Puan Norida binti Badarudin selaku wakil kepada Tuan Pengetua, Ustaz Mahtar bin Ahmad Wahid. Turut hadir pada majlis tersebut ialah GPK Hal Ehwal Pelajar, Encik Saiful Faizal bin Karim, para guru, ibu bapa dan calon SMA 2022.

Tag: Sijil Menengah Agama 2022