TAKLIMAT KESEDARAN TALASEMIA 2020

Pada 7 Januari 2020 telah berlangsungnya Taklimat Kesedaran Talasemia bagi pelajar-pelajar Tingkatan 4. Taklimat ini telah disampaikan oleh Pegawai-pegawai daripada Unit Kesihatan Sekolah Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada para pelajar betapa pentingnya untuk menjalani ujian saringan Talasemia. Talasemia merupakan sejenis penyakit keturunan yang diturunkan daripada ibu bapa kepada anak-anaknya.Setelah taklimat disampaikan, pelajar-pelajar akan menjalani ujian ini pada hari berikutnya setelah mengisi borang kebebenaran untuk ujian Talasemia.

Tag: TALASEMIA 2020