BENGKEL KEPIMPINAN PELAJAR BERSAMA POK NIK AKADEMI AZAM

SMA AL ITTIFAQIYYAH GUAI – Pada 8 FEBRUARI 2017,  Jawatankuasa Badan Disiplin SMAIG telah mengadakan Bengkel Kepimpinan Pelajar kepada semua pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, ketua kelas, penolong ketua kelas dan exco-exco asrama putera dan puteri. Bengkel ini berlangsung selama satu hari bertempat di Makmal Bahasa SMAIG. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara untuk memimpin, membina individu yang berkeyakinan dan berketrampilan dalam potensi diri, menjadi murid yang mempunyai sahsiah yang tinggi serta berguna pada agama, bangsa dan negara. Selain itu juga, bengkel ini bermatlamat membina dan meningkatkan kemahiran memimpin yang berkualiti, meningkatkan kemahiran berkomunikasi berkesan, menanam sikap yang bertanggungjawab, melahirkan pemimpin yang menjadi role model kepada pelajar lain, memahami dan mengetahui bidang tugas, peranan dan fungsi serta tanggungjawab masing-masing. Pengisian bengkel telah di sampaikan oleh Ustaz Nik Mohd Azam Bin Nik Wajis (Pok Nik) dari Pusat Latihan Akademi Azam. Pelbagai aktiviti dijalankan untuk para pelajar semasa bengkel berlangsung. Diharapkan bengkel ini dapat memberikan impak kepada pelajar khususnya dalam meningkatkan kemahiran kepimpinan dan pengurusan sekolah dan asrama. Bengkel ini secara amnya dapat mencapai objektif yang telah disasarkan. Ia juga telah berjaya dilaksanakan sepenuhnya hasil kerjasama penganjur dan fasilitator serta semua pelajar yang sentiasa memberikan komitmen yang tinggi sepanjang bengkel ini berlangsung.





Tag: Bengkel Kepimpinan bersama Pok Nik