HARI PENGUMUMAN & PELAPORAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PT3 2016 SMA AL ITTIFAQIYYAH GUAI

19 DISEMBER 2016 : 

Keputusan peperiksaan PT3 2016 telah diumumkan pada hari ini. Seramai 54 orang daripada 72 orang calon PT3 SMA AL ITTIFAQIYYAH GUAI TEMERLOH telah mengambil keputusan mereka pada hari ini. Keputusan telah diumumkan keluar pada jam 10.30 pagi. Terdapat 5 orang pelajar telah mencatatkan keputusan tertinggi iaitu : 

1. ASMA' KHAIR BINTI ZAINAL ABIDIN                      7A

2. NUREEN SYAHEERAH BINTI SALAHUDIN             6A 

3. MUHAMMAD IKHWAN BIN RAHMATAN                  5A

4. MUHAMMAD DANIEL BIN AZLI                               5A

5. ANIS NABILAH BINTI MOHD JAMAL                       5A

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua guru mata pelajaran PT3 kerana telah bertungkus lumus memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada pelajar - pelajar serta mengadakan kelas tambahan, bengkel dan seminar untuk pelajar-pelajar cemerlang dalam peperiksaan

Harapan sekolah agar pelajar-pelajar dapat mengekalkan prestasi cemerlang pada peperiksaan akan datang.

Tag: Keputusan PT3 Tahun 2016