BIODATA MANTAN PENGETUA SMAKT

Nama Penuh Hj Mohamed Anuar Bin Hj Abd Rahman. Anak kepada pasangan Hj. Abd Rahman Bin Hj Ibrahim dan Hjh. Aminah Bt Hj Daud. Beliau telah dilahirkan pada 10 Mei 1957 di Kg. Gajah, Perak Darul Redzuan. Beliau tinggal di alamat Ad Diniah, Kg. Pangsenam, Jalan Triang (Bera), 28000  Temerloh Pahang Darul Makmur. Pada 12 Jun 1986 Bersamaan 9 Syawal 1406H beliau telah di Ijabkabulkan dengan pasangannya yang diberi nama Hjh. Norzihan Bt Hj Idris. Pasangan ini telah dikurniakan 8 orang cahayamata. Walaubagaimanapun hanya 5 orang yang masih hidup, manakala 3 orang lagi sudah meninggal dunia ketika masih kecil lagi. Hobi Tuan Guru adalah membaca dan makanan kegemaran beliau sudah pastinya kari kambing.

Tuan Guru Haji Mohamed Anuar telah mendapat pendidikan agama di sekolah ayahandanya iaitu Tuan Guru Haji Abdul Rahman di Pangsaena sebelum beliau memulakan pendidikan peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Kg. Tengah Temerloh. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Ketika di tingkat 6 beliau kemudiannya telah melanjutkan pelajaran di Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pekan Pahang selama 3 tahun. Kemudiannya beliau meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di Universiti Al-Azhar Mesir sehingga mendapat Ijazah Sarjana Muda. 

Tuan Guru sentiasa cemerlang di dalam pelajaran contohnya,beliau mendapat semua A dalam matapelajaran Sijil Tinggi Agama Pahang dalam tahun 1977. Sekembalinya dari Universiti Al- Azhar, Tuan Guru memulakan tugas pertama beliau mengajar dan juga menjadi warden asrama di Kulliah Sultan Abu Bakar. Selepas itu, pada tahun 1990 beliau telah memulakan tugas di SMA Maran dan telah dilantik sebagai GPK 1. Pada tahun 2000, Tuan Guru telah diarahkan bertukar ke SMA Al-Khairiah dan bertugas sebagai GPK HEM dan selepas itu dilantik sebagai GPK Kurikulum sebelum menjad Pengetua mengantikan Datin Hajah Rohani sehingga kini.

Jasa beliau terlalu banyak kepada Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah sehingga menjadikan sekolah ini antara salah sebuah sekolah yang cemerlang di Pahang awal tahun 2000. Di samping menguruskan sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Tuan Guru juga menguruskan sebuah Pondok Pengajian Agama di Kampung Pangsaenam sehingga kini. Pondok itu masih bersifat tradisional di mana para penghuninyas tinggal di pondok-pondok kecil yang telah disediakan. Pondok Pangsaenam merupakan pondok terbesar di Temerloh ketika ini. Aktiviti pondok tersebut di penuhi oleh aktiviti ibadat setiap waktu solat dan aktiviti pembacaan kitab-kitab kuning disebelah paginya, manakala disebelah petang dan malam di adakan aktivitik mendalami pengajian Al-Quran.

Tag: Persaraan Tuan Pengetua smakt Majlis Persaraan & Perpisahan