TAHNIAH! SMAKT JUARA KESELURUHAN MASISUPA KALI KE-36 TAHUN 2020 PERINGKAT ZON 3

Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Agama Negeri Pahang (MASISUPA) kali ke-36 Tahun 2020 Peringkat Zon 3 telah berjaya melabuhkan tirainya pada hari ini bertarikh 1 Mac 2020. Majlis penutup telah berlangsung seawal jam 9.00 pagi, di Dataran Arrayyan Sekolah Menengah Agama Al-Ittifaqiyyah, Guai. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIP iaitu Encik Muhammad Bin Ab. Rahman.
 
SMA Al-Khariah Temerloh telah berjaya mengembalikan semula saat kegemilangan pada suatu masa dahulu apabila, pada tahun ini SMAKT berjaya meraih Johan Acara Sukan dan Johan Acara Ilmiah. Berbekalkan kutipan 26 Emas, 14 Perak dan 12 Gangsa sekaligus SMAKT dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan MASISUPA  Kali Ke 36/2020 Peringkat Zon 3. Manakala SMA Chenor telah meraih Naib Johan dengan berbekalkan 11 emas dan tempat Ketiga SMA Guai dengan berbekalkan 9 emas.

Di antara kontinjen yang mewakili Zon 3 adalah SMAKT, SMA Guai, SMA Chenor, SMA Darul Naim, SMA Al-Wosto dan SMA Pelangai. Wakil-wakil pemenang setiap acara akan membawa harapan Zon 3 untuk ke pertandingan MASISUPA Peringkat Pusat di Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan. Tahniah dan Syabas untuk semua, semoga cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.

Tag: 2020 MASISUPA