USRAH GABUNGAN PELAJAR PEREMPUAN TINGKATAN 1 DAN 2

Unit Usrah Badan Dakwah Dan Ibadah SMAKT telah berjaya menganjurkan satu program usrah pada 21 Februari 2020 (Jumaat) yang lalu. Ia telah berjaya menggabungkan Naqibah Usrah bersama semua pelajar perempuan dari tingkatan 1 dan 2 sahaja. Program ini telah bermula pada pukul 12.30 am hingga 1.00 pm dan telah dilaksanakan di Surau Asrama dan di Depan Bilik Guru Lelaki.  

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk membina ukhwah antara adik-beradik usrah dan beraktiviti dengan Naqibah Usrah. Aktiviti yang telah dijalankan antaranya ialah perbincangan dan melengkapkan borang maklumat diri.
 

Semoga semua pelajar beroleh manfaat hasil dari program tersebut.

Tag: 2020 BADIB