PERTANDINGAN ILMIAH MASISUPA PERINGKAT SEKOLAH 2020

Pertandingan MASISUPA peringkat sekolah bagi acara Ilmiah telah selesai dilaksanakan pada hari ini khamis, 30 Januari 2020 bersamaan 24 Jamadilakhir 1441H. Acara ilmiah yang dipertandingkan antaranya tilawah Al-Quran, Syarahan BM/ BI/ Arab, kupasan hadis, tafsir dan lain-lain. Semua keputusan bagi acara pertandingan ilmiah akan diumumkan pada hari penyampaian hadiah bertarikh 3 Februari 2020 (Isnin). Tahniah kepada semua pemenang yang telah mewakili rumah sukan masing-masing. 

Tag: 2020 Ko-Kurikulum