KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STAM 2019

Keputusan Peperiksaan STAM 2019 telahpun diumumkan di seluruh Negeri pada 22 Januari 2020. Seramai 60 orang calon dari SMAKT telah berjaya menduduki peperiksaan tersebut. 
 
Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh telah muncul sebagai sekolah kedua terbaik di antara 4 buah SMAN di Pahang apabila memperoleh Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 2.60. Manakala Ma’ahad SAS pula telah menjadi sekolah terbaik SMAN Pahang apabila memperoleh GPS sebanyak 2.38. Kenudian diikuti Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan (GPS 2.85) dan Sekolah Menengah Agama Al-Maidah, Padang Tengku (GPS 3.17).

Keputusan STAM yang diumumkan telah menyaksikan seorang pelajar dari SMAKT telah berjaya meraih Mumtaz Sofi. Manakala bilangan Mumtaz seramai 9 orang, Jayyid Jiddan 16 orang dan Jayyid 20 orang serta Maqbul seramai 4 orang. Tahniah dan syabas di atas kejayaan serta didoakan semoga beroleh kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

Tag: 2019 stam