KELAS INTENSIF TINGKATAN 4 BAGI MATA PELAJARAN HADIS

Kelas Intensif Tingkatan 4 bagi mata pelajaran hadis telah berjaya dilaksanakan di Dewan Utama pada 13 Julai 2019 (Sabtu) yang lalu. Kelas intensif ini adalah dibawah anjuran PETKA SMAKT. Seramai 174 orang pelajar dari tingkatan 4 telah menghadiri kelas tersebut. Kelas intensif ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustazah Rokhiyah bt Abd Rani dari Sekolah Menengah Agama Chenor.
 
Objektif utama program ini adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar teknik untuk menjawab soalan bagi mata hadis. Turut hadir Ustazah Zamila bt Aziz dan Ustaz Muhaimin bin Sulaiman selaku guru mata pelajaran Hadis tingkatan 4.
 

Tag: 2019 SMA