اهلا وسهلا ومرحبا بكم TEMU UJI TINGKATAN 1 TAHUN 2019

Sesi Temu Uji Tingkatan 1 Tahun 2019 telah berjaya dijalankan di SMA Al-Khairiah pada hari Sabtu 6 Oktober 2018 yang lalu. Seramai 520 orang calon telah hadir untuk menduduki temu uji tersebut. Pendaftaran pelajar telah dibuat seawal jam 8.00 pagi dan pelajar dikehendaki memasuki barisan mengikut nombor bilik temu uji masing-masing sebelum dipandu arah oleh petugas.

Temu uji ini terdapat dua sesi ujian yang perlu diduduki oleh para pelajar iaitu ujian bertulis (8.30 pagi) dan ujian lisan untuk bacaan jawi dan Al-Quran (10.30 pagi). Temu uji permohonan kemasukan ke tingkatan satu Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang (SMAN) 2019 telah dijalankan serentak di 17 sekolah seluruh Pahang.

Secara keseluruhannya temu uji ini telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Tahniah kepada semua warga SMAKT yang terlibat dalam menjayakan temu uji ini.

Tag: 2018 TEMU UJI