MELAKAR KEJAYAAN DI MTQSS & FNSS KPM ZON MENTAKAB TAHUN 2018

SMAKT – Seramai 11 orang peserta dari sekolah ini telah memperoleh kejayaan dalam beberapa acara yang dipertandingkan di Festival Tadaraus Al-Quran Sekolah-Sekolah Menengah (MTQSS) Dan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah (FNSS) Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Zon Mentakab Tahun 2018M / 1439H. Ianya telah diadakan pada 28 Februari 2018 (Rabu) dan bertempat di Sekolah Menengah Kuala Krau.

Sekolah-sekolah yang telah menyertai MTQ Zon 3 Mentakab antaranya SMK Semantan, SMA Al-Khairiah, SBPI Temerloh, SMK Kuala Krau, SMK Bukit Cermin dan Madrasah Tarbiyah Islamiah Kg Chatin.

Tema festival pada tahun ini ialah Al-Quran Asas Kesatuan Ummah Dan Kesejahteraan Negara. Sebanyak 4 acara telah dipertandingkan iaitu Tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran, Syarahan Agama dan Nasyid Moden.   

Oleh yang demikian, pihak sekolah ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada guru pembimbing dan semua para peserta di atas kejayaan yang telah diraih dalam pertandingan tersebut.


Berikut adalah keputusan pertandingan peserta dari SMAKT:

1. TILAWAH AL-QURAN
  • Lelaki                   = KETIGA | Ammar Faiz Bin Kamal Abas
  • Perempuan        = JOHAN  | Nur Amirah Binti Shahbudin
 
 
2. HAFAZAN AL-QURAN
  • Lelaki                   = KETIGA  |  Muhammad Haikal Bin Mahadi
  • Perempuan        = JOHAN  |  Munajatul Ulya Binti Mujibur Rahman
 
 
3. SYARAHAN AGAMA
  • Lelaki                 = NAIB JOHAN  |  Muhammad Aiman Bin Mohd Azmi
  • Perempuan        = -
 
 
4. NASYID MODEN      = JOHAN
  • |  Muhammad Amirul Aiman Bin Abd. Razak
  • |  Muhammad Harith Abbas Bin Sahrim
  • |  Muhammad Zarif Zidanie Bin Zaili
  • |  Ahmad Aimi Bin Azhar
  • |  Ahmad Aqil Danish Bin Halimy
  • |  Muhammad Arif Firdaus Bin Mohd Rashidi
  • |  Muhd Iqbal Haziq Bin Hasrizan

Tag: 2018 MTQ