LENSA SEKOLAH | MAJLIS PERSARAAN KAKITANGAN PENTADBIRAN

KUANTAN - Kelab Kakitangan dan Guru telah mengadakan Majlis Persaraan dan Perpisahan Kakitangan Sekolah bertempat di Hotel Mega View Kuantan. Majlis turut dihadiri oleh YDP PIBG, Ustaz Khairul Anuwar, semua guru serta kakitangan dan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ustaz Zaidi Bin Ismail, Pengetua SM Agama Al-Ihsan Kuantan. Turut hadir bersama dalam majlis tersebut adalah pihak penaja sendiri yang terdiri daripada pihak Sahabat Tahfiz dan Maqsof Al Ihsan. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diatas perkhidmatan yang telah diberikan selama tempoh berkhidmat dan selamat maju jaya kepada yang diraikan pada masa hadapan.

Tag: 2021 CEREMONY