LENSA SEKOLAH | PERTANDINGAN SYARAHAN SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT NEGERI PAHANG

KUANTAN - Unit Kokurikulum SM Agama Al Ihsan telah menghantar seorang peserta bagi mewakili sekolah dalam Pertandingan Syarahan (Peringkat Akhir) sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang Tahun 1443 Hijrah. Antara objektif perlaksanaan adalah untuk mencungkil bakat dan juga kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pelajar SMAN yang mana kemahiran itu merupakan salah satu daripada kemahiran yang perlu ada dalam diri setiap pelajar sebagai seorang pelajar SMAN yang cemerlang dan berkualti. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah kepada para peserta dalam penglibatan sepanjang karnival berlangsung. Semoga para pelajar mendapat sesuatu dan menjadikannya sebagai batu loncatan ke arah kemajuan kurikulum dan kokurikulum masing-masing pada masa hadapan.

Tag: 2021 CARNIVAL