LENSA SEKOLAH | PELANCARAN PROGRAM 4K

KUANTAN - Jawatankuasa 4K telah mengadakan Majlis Perasmian 4K bertempat di dataran perhimpunan. Majlis ringkas tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Ustaz Zaidi Bin Ismail, Pengetua SM Agama Al - Ihsan. Tujuan perasmian tersebut adalah sebagai lambang persediaan para guru dan pelajar dalam mengekalkan 4K yang merangkumi kerohanian, keselamatan, kebersihan dan keceriaan di kawasan masing-masing seterusnya mempraktikkan dalam kehidupan seharian. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua guru dan pelajar dalam menghadapi cabaran 4K pada masa hadapan.

Tag: 2020 Program 4K