LENSA SEKOLAH | MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

KUANTAN -  07.02.2020 Larian Merentas Desa telah dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SM Agama Al-Ihsan dalam usaha menyuntik semangat MASISUPA yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Larian sejauh 7KM ini melibatkan tenaga kerja seramai 900 orang yang terdiri daripada pelajar dan guru. Karnival Sukan dan Ilmiah yang berlangsung dalam tempoh satu minggu itu telah bemula dengan menjadikan acara larian merentas desa sebagai acara utama karnival. Kemeriahan karnival dapat dirasai bersama disebabkan oleh masyarakat setempat yang memberi sokongan sepenuhnya terhadap pelaksanaan karnival. Hal ini membuktikan bahawa masyarakat setempat sentiasa memberi perhatian dan membuat penilaian terhadap prestasi sekolah dalam perlaksanaan aktiviti kokurikulum. Semoga Al-Ihsan akan terus maju dalam bidang kokurikulum. Majulah Sukan untuk Negara!


Tag: 2020 MASISUPA