LENSA SEKOLAH | TAKLIMAT MS ISO 9001:2015 SIRI 2

KUANTAN - Unit Pensijilan ISO peringkat sekolah telah menganjurkan taklimat MS ISO 9001:2015 Siri 2 yang lebih memfokuskan kepada Prosedur Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran. Taklimat tersebut disampaikan oleh Yang Berbahagia En. Zaidi Bin Ismail, Pengetua SMA Al-Khairiah selaku wakil Jabatan Agama Islam Pahang. Antara objektif taklimat adalah untuk memberi gambaran secara keseluruhan dan pendedahan mengenai proses pelaksanaan prosedur pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang bersifat menyeluruh dalam meningkatkan kualiti pengurusan pendidikan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) secara khususnya. Semoga dengan pelaksanaan MS ISO 9001:2015 di seluruh SMAN dapat meningkatkan kualiti pendidikan dan memartabatkan SMAN sebagai institusi pendidikan dibawah Jabatan Agama Islam Pahang setanding dengan institusi pendidikan yang lain.

Tag: MS ISO 9001:2015 2018