LENSA SEKOLAH | KONPIP 2018

KUANTAN - Unit BDDK SM Agama Al-Ihsan telah menghantar satu perwakilan yang terdiri daripada 10 orang pelajar bagi menjayakan Konvensyen Pelajar Islam Pahang (KONPIP) yang berlangsung di SM Agama Al-Wosto. Dalam konvensyen tersebut, para peserta diperkenalkan dengan beberapa modul kepimpinan yang sesuai dengan persekitaran sekolah masing-masing dengan harapan para peserta mampu untuk beramal di medan yang sebenar. Tahniah diucapkan kepada perwakilan SM Agama Al-Ihsan kerana telah dinobatkan sebagai Perwakilan Terbaik Keseluruhan dalam konvensyen tersebut. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh daripada konvensyen ini mampu membuat perubahan kepada diri sendiri dan diri para pelajar yang lain dalam usaha memartabatkan visi dan misi pendidikan dalam kehidupan seorang pelajar.

Tag: BDDK KONPIP 2018